Wednesday, November 10, 2010

Acara dan Pertandingan Bulan Bahasa 2010


1 MELUKIS POSTER
Pertandingan melukis poster telah diadakan pada 5 Julai 2010 bertempat di makmal 7 dan sambutannya amat menggalakkan. Guru penyelaras yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini ialah Puan Suhana bt Samsudin. Pertandingan ini disertai oleh 25 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar menengah atas ( Tingkatan 3,4, 5 dan 6 ). Semua pelajar melukis poster dengan baik dan lukisan mereka juga berkaitan tema bulan bahasa.

2 VOCABULARY GAME
Permainan ini berlangsung di Pusat sumber sekolah pada 6 Julai 2010 dan menerima penyertaan yang baik daripada pelajar-pelajar. Guru penyelaras aktiviti ini ialah Puan Tamilarasi A/P Rajagopal. Pertandingan ini disertai oleh 35 pelajar dan kebanyakan adalah pelajar menengah rendah. Semua pelajar bermain dengan baik dan mendapat banyak manfaat daripada permainan ini.

3 TEKA SILANG KATA
Teka silang kata telah diadakan pada 8 Julai 2010 bertempat di Pusat Sumber sekolah. Guru penyelaras aktiviti ini ialah Puan Nor Zaliliwati binti Zainol. Aktiviti ini disertai oleh 50 orang pelajar dari semua peringkat pelajar. Sambutannya amat baik dan pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh menjawab teka silang kata.

4 DEKLAMASI SAJAK
Deklamasi sajak telah diadakan pada 11 Julai 2010 di Dewan Besar Sekolah. Guru penyelaras aktiviti ini ialah Puan Hajah Noriah binti Ibrahim. Jumlah peserta adalah seramai 11 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4,5 dan 6. Penyertaan bagi aktiviti ini agak kurang memuaskan berbanding aktiviti lain.

5 RESENSI BUKU
Pertandingan resensi buku telah diadakan pada 11 Julai 2010 bertempat di Dewan Terbuka dan sambutannya amat menggalakkan. Guru penyelaras yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini ialah Puan Hajah Normah bt Yusof . Pertandingan ini disertai oleh 13 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar menengah atas ( Tingkatan 3,4, 5 dan 6 ). Semua pelajar mengulas buku dengan lengkap dan minat mereka dalam bidang ini boleh dibimbing lagi.

6 MENULIS ESEI BAHASA MELAYU
Pertandingan ini telah diadakan pada 12 Julai 2010 bertempat di Pusat Sumber sekolah dan sambutannya amat menggalakkan. Guru penyelaras yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini ialah Puan Salmah bt Baharum . Pertandingan ini disertai oleh 27 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar menengah atas ( Tingkatan 4, 5 dan 6 ). Semua pelajar mengarang esei dengan baik.

7 LANGUAGE GAMES
Pertandingan ini telah diadakan pada 13 Julai 2010 bertempat di Dewan Besar dan sambutannya amat menggalakkan. Guru penyelaras yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini ialah Encik Zanurin bin Mohamad Safar. Pertandingan ini disertai oleh 7 kumpulan pelajar terdiri daripada 35 orang pelajar daripada menengah atas ( Tingkatan 5 dan 6 ). Aktiviti berjalan lancar dan penyertaan terpaksa dihadkan kerana kesuntukan masa.

8 BERCERITA SPONTAN BAHASA CINA
Pertandingan bercerita ini telah diadakan pada 13 Julai 2010 bertempat di Pusat Sumber dan sambutannya memuaskan. Guru penyelaras yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini ialah Puan Tan Li Pin . Pertandingan ini disertai oleh 11 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar menengah rendah. Tujuan diadakan pertandingan ini adalah mencungkil bakat bercerita.


9 THE STAR NIE
Pertandingan The Star NIE– Story of Our World ini telah diadakan pada 14 Julai 2010 bertempat di Makmal 7 dan sambutannya amat menggalakkan. Guru penyelaras yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini ialah Puan Anna Cherubin. Pertandingan ini disertai oleh 7 kumpulan pelajar terdiri daripada 35 orang pelajar daripada menengah atas ( Tingkatan 5 dan 6 ). Aktiviti berjalan lancar dan penyertaan terpaksa dihadkan kerana kesuntukan masa. Pelajar membuat persembahan dengan baik menggunakan bahan yang sesuai dengan persembahan.

10 DJ CONTEST
Pertandingan telah diadakan pada 15,18,19 dan 21 Julai 2010 bertempat di Bilik Guru Kanan dan pnyertaan hanya 4 orang. Guru penyelaras yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini ialah Puan Fazlina bt Shuib. Pertandingan berjalan dengan baik dan hanys sesetengah bangunan sahaja.

11 PERTANDINGAN PIDATO
Pertandingan pidato telah diadakan pada 18 Julai 2010 bertempat di Dewan Besar dan sambutannya kurang menggalakkan. Guru penyelaras yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini ialah Puan Noraini bt Md. Nordin. Pertandingan ini disertai oleh 11 orang pelajar dan hanya 4 orang mengambil bahagian. Manakala pe;lajar lain tidak bersedia untuk menyertainys.

12 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA TAMIL
Pertandingan ini telah diadakan pada 19 Julai 2010 bertempat di kelas 4 Cekal. Guru penyelaras yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini ialah Encik Sangaran A/L Kannaiah. Pertandingan ini disertai oleh 15 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar menengah rendah. Pertandingan ini berjalan dengan lancar.

13 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA CHINA
Pertandingan ini telah diadakan pada 22 Julai 2010 bertempat di Pussat Sumber Pra U. Guru penyelaras yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini ialah Puan Aminah bt Saleh. Pertandingan ini disertai oleh 3 orang pelajar . Pertandingan ini kurang mendapat sambutan mungkin kerana kekangan tertentu.

14 PERTANDINGAN SKETSA
Pertandingan ini telah diadakan pada 25 Julai 2010 bertempat di Dewan SMKK . Guru penyelaras yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini ialah Ustazah Gayah bt Mat. Pertandingan ini disertai oleh 15 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar menengah rendah. Pertandingan ini berjalan dengan lancar.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment