Wednesday, November 10, 2010

Majlis Penutup Bulan Bahasa SMKK 2010

Majlis penutup diadakan pada 26 Julai, disempurnakan oleh Tuan Pengetua Puan Hajah Zaharah binti Ishak. Upacara penutup disudahi dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang semua kategori pertandingan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada semua guru penyelaras aktiviti terutama guru-guru bahasa melayu, guru-guru bahasa inggeris, guru bahasa arab, bahasa tamil, bahasa cina. Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada semua individu yang terbabit secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini. Kerjasama yang telah dihulurkan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment