Wednesday, November 10, 2010

Majlis Perasmian Bulan Bahasa SMKK 2010

        Acara perasmian diadakan pada 5 Julai 2010 pada jam 7.30 pagi bertempat di Dewan Besar  dan dirasmikan oleh Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim, Puan Hajah Zaharah Bt Ishak. Acara dimulakan dengan ucapan Setiausaha sambutan Bulan Bahasa iaitu Puan Shahrul  Bariah bt Darus, ucapan oleh Penyelaras iaitu Encik Zanurin b Mohamad Safar dan diikuti ucapan Tuan Pengetua yang seterusnya memotong riben serta merasmikan Sambutan Bulan Bahasa 2010 peringkat sekolah. Majlis tersebut diakhiri dengan nyanyian lagu bertemakan bulan bahasa oleh semua warga Sekolah Mengengah Kebangsaan Kulim. Majlis tersebut tamat pada jam 8.30 pagi.

Acara dan Pertandingan Bulan Bahasa 2010


1 MELUKIS POSTER
Pertandingan melukis poster telah diadakan pada 5 Julai 2010 bertempat di makmal 7 dan sambutannya amat menggalakkan. Guru penyelaras yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini ialah Puan Suhana bt Samsudin. Pertandingan ini disertai oleh 25 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar menengah atas ( Tingkatan 3,4, 5 dan 6 ). Semua pelajar melukis poster dengan baik dan lukisan mereka juga berkaitan tema bulan bahasa.

2 VOCABULARY GAME
Permainan ini berlangsung di Pusat sumber sekolah pada 6 Julai 2010 dan menerima penyertaan yang baik daripada pelajar-pelajar. Guru penyelaras aktiviti ini ialah Puan Tamilarasi A/P Rajagopal. Pertandingan ini disertai oleh 35 pelajar dan kebanyakan adalah pelajar menengah rendah. Semua pelajar bermain dengan baik dan mendapat banyak manfaat daripada permainan ini.

3 TEKA SILANG KATA
Teka silang kata telah diadakan pada 8 Julai 2010 bertempat di Pusat Sumber sekolah. Guru penyelaras aktiviti ini ialah Puan Nor Zaliliwati binti Zainol. Aktiviti ini disertai oleh 50 orang pelajar dari semua peringkat pelajar. Sambutannya amat baik dan pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh menjawab teka silang kata.

4 DEKLAMASI SAJAK
Deklamasi sajak telah diadakan pada 11 Julai 2010 di Dewan Besar Sekolah. Guru penyelaras aktiviti ini ialah Puan Hajah Noriah binti Ibrahim. Jumlah peserta adalah seramai 11 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4,5 dan 6. Penyertaan bagi aktiviti ini agak kurang memuaskan berbanding aktiviti lain.

5 RESENSI BUKU
Pertandingan resensi buku telah diadakan pada 11 Julai 2010 bertempat di Dewan Terbuka dan sambutannya amat menggalakkan. Guru penyelaras yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini ialah Puan Hajah Normah bt Yusof . Pertandingan ini disertai oleh 13 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar menengah atas ( Tingkatan 3,4, 5 dan 6 ). Semua pelajar mengulas buku dengan lengkap dan minat mereka dalam bidang ini boleh dibimbing lagi.

6 MENULIS ESEI BAHASA MELAYU
Pertandingan ini telah diadakan pada 12 Julai 2010 bertempat di Pusat Sumber sekolah dan sambutannya amat menggalakkan. Guru penyelaras yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini ialah Puan Salmah bt Baharum . Pertandingan ini disertai oleh 27 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar menengah atas ( Tingkatan 4, 5 dan 6 ). Semua pelajar mengarang esei dengan baik.

7 LANGUAGE GAMES
Pertandingan ini telah diadakan pada 13 Julai 2010 bertempat di Dewan Besar dan sambutannya amat menggalakkan. Guru penyelaras yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini ialah Encik Zanurin bin Mohamad Safar. Pertandingan ini disertai oleh 7 kumpulan pelajar terdiri daripada 35 orang pelajar daripada menengah atas ( Tingkatan 5 dan 6 ). Aktiviti berjalan lancar dan penyertaan terpaksa dihadkan kerana kesuntukan masa.

8 BERCERITA SPONTAN BAHASA CINA
Pertandingan bercerita ini telah diadakan pada 13 Julai 2010 bertempat di Pusat Sumber dan sambutannya memuaskan. Guru penyelaras yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini ialah Puan Tan Li Pin . Pertandingan ini disertai oleh 11 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar menengah rendah. Tujuan diadakan pertandingan ini adalah mencungkil bakat bercerita.


9 THE STAR NIE
Pertandingan The Star NIE– Story of Our World ini telah diadakan pada 14 Julai 2010 bertempat di Makmal 7 dan sambutannya amat menggalakkan. Guru penyelaras yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini ialah Puan Anna Cherubin. Pertandingan ini disertai oleh 7 kumpulan pelajar terdiri daripada 35 orang pelajar daripada menengah atas ( Tingkatan 5 dan 6 ). Aktiviti berjalan lancar dan penyertaan terpaksa dihadkan kerana kesuntukan masa. Pelajar membuat persembahan dengan baik menggunakan bahan yang sesuai dengan persembahan.

10 DJ CONTEST
Pertandingan telah diadakan pada 15,18,19 dan 21 Julai 2010 bertempat di Bilik Guru Kanan dan pnyertaan hanya 4 orang. Guru penyelaras yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini ialah Puan Fazlina bt Shuib. Pertandingan berjalan dengan baik dan hanys sesetengah bangunan sahaja.

11 PERTANDINGAN PIDATO
Pertandingan pidato telah diadakan pada 18 Julai 2010 bertempat di Dewan Besar dan sambutannya kurang menggalakkan. Guru penyelaras yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini ialah Puan Noraini bt Md. Nordin. Pertandingan ini disertai oleh 11 orang pelajar dan hanya 4 orang mengambil bahagian. Manakala pe;lajar lain tidak bersedia untuk menyertainys.

12 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA TAMIL
Pertandingan ini telah diadakan pada 19 Julai 2010 bertempat di kelas 4 Cekal. Guru penyelaras yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini ialah Encik Sangaran A/L Kannaiah. Pertandingan ini disertai oleh 15 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar menengah rendah. Pertandingan ini berjalan dengan lancar.

13 PERTANDINGAN BAHAS BAHASA CHINA
Pertandingan ini telah diadakan pada 22 Julai 2010 bertempat di Pussat Sumber Pra U. Guru penyelaras yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini ialah Puan Aminah bt Saleh. Pertandingan ini disertai oleh 3 orang pelajar . Pertandingan ini kurang mendapat sambutan mungkin kerana kekangan tertentu.

14 PERTANDINGAN SKETSA
Pertandingan ini telah diadakan pada 25 Julai 2010 bertempat di Dewan SMKK . Guru penyelaras yang bertanggungjawab bagi pertandingan ini ialah Ustazah Gayah bt Mat. Pertandingan ini disertai oleh 15 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar menengah rendah. Pertandingan ini berjalan dengan lancar.
Posted by Picasa

Majlis Penutup Bulan Bahasa SMKK 2010

Majlis penutup diadakan pada 26 Julai, disempurnakan oleh Tuan Pengetua Puan Hajah Zaharah binti Ishak. Upacara penutup disudahi dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang semua kategori pertandingan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada semua guru penyelaras aktiviti terutama guru-guru bahasa melayu, guru-guru bahasa inggeris, guru bahasa arab, bahasa tamil, bahasa cina. Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada semua individu yang terbabit secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini. Kerjasama yang telah dihulurkan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.
Posted by Picasa

ANALISIS PENCAPAIAN KEPUTUSAN PMR, SPM & STPM BAHASA MELAYU


ANALISIS PENCAPAIAN KEPUTUSAN BAHASA MELAYU




PENCAPAIAN KEPUTUSAN BAHASA MELAYU PMR 2005 – 2009

Tahun
Bil. Calon

A

B

C

D

E
% Lulus
GPMP
2005
178
65
102
9
2
0
100
1.71
2006
190
31
149
9
1
0
100
1.89
2007
190
105
77
6
2
0
100
1.5
2008
123
51
7
2
0
0
100
1.38
2009
171
108
62
1
0
0
100
1.37
2010










PENCAPAIAN KEPUTUSAN BAHASA MELAYU SPM 2005 – 2009

Tahun
Bil. Calon
GRED

% Lulus
GPMP
1A
2A
3B
4B
5C
6C
7D
8E
9G


2005
240
39
31
40
35
27
17
22
17
12
95
4.15
2006
180
44
49
38
29
9
3
2
4
2
98.9
2.77
2007
144
22
57
30
24
7
0
2
1
1
99.3
2.69
2008
126
36
37
27
17
5
5
2
0
0
100
2.51


A+
A
A-
B+
B
C+
C
D
E
G


2009
147
28
27
28
31
21
8
3
0
0
1
99.32
2.22
2010















PENCAPAIAN KEPUTUSAN BAHASA MELAYU STPM 2006 – 2009


Tahun
Bil. Calon
GRED



% Lulus
GP
A
A-
B+
B
B-
C+
C
C-
D+
D
F


2006
64
6
6
7
11
13
5
3
4
3
1
3
82.26

2007
50
4
2
5
10
13
5
8
1
1
1
0
94

2008
29
9
3
6
5
1
2
0
0
1
0
0
96.3
3.36
2009
37
8
8
3
6
4
2
2
1
1
1
1
89.19
3.05

2010